Tiktok:
instagram:
youtube:
  • 688022
    Ranking globalny
  • 8394
    Ranking krajów/regionów
  • 92.73K
    Obserwujący
  • 486
    Filmy
  • 583.68K
    Lubi
  • Nowe filmy
    33
  • Nowi obserwujący
    1.67K
  • Nowe widoki
    274.72K
  • Nowe polubienia
    11.62K
  • Nowe recenzje
    336
  • Nowe udostępnianie
    465

Tentera Darat Malaysia  Trend danych (30 dni)

Tentera Darat Malaysia Analiza statystyczna (30 dni)

Tentera Darat Malaysia Gorące filmy

Tentera Darat Malaysia
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada Sjn Severinus Sapitin diatas tindakan berani dan pantas menyelamatkan kanak-kanak yang hampir lemas di kawasan Sungai Meroli, Ranau pada 28 Mac 2025. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifice
107.61K
3.99K
3.71%
61
179
192
Tentera Darat Malaysia
"Keberanian yang tiada tandingan, setiap langkah penuh aksi dan semangat juang yang tak kenal lelah. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifice
65.3K
4.3K
6.58%
107
195
188
Tentera Darat Malaysia
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PWI) Tahun 2025 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada hari ini. Majlis tersebut menyaksikan kenaikan pangkat seramai 86 Pegawai Waran satu (PWI) sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan perkhidmatan cemerlang mereka. Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat 16 Pegawai Waran Dua daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), diikuti dengan empat Pegawai Waran Dua dari Rejimen Renjer Diraja (RRD), lima Pegawai Waran Dua dari Rejimen Sempadan (RS), dua dari Kor Armor Diraja (KAD), 3 dari Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani), satu dari Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan), satu dari Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya), lima daripada Kor Perkhidmatan Am (KPA), 11 dari Kor Kesihatan Diraja (KKD), enam dari Kor Polis Tentera Duraja (KPTD), dua Kor Risik Diraja (KRD), sembilan dari Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), dua dari Kor Odnans Diraja (KOD), lima dari Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), 11 dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan lima dari Rejimen Gerak Khas (GK). PTD dalam ucapannya mengingatkan agar semua yang dinaikkan pangkat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan jujur dan ikhlas serta menjaga nama baik perkhidmatan. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifices
46.52K
1.06K
2.27%
51
10
66
Tentera Darat Malaysia
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mengadakan lawatan ke Kawasan Operasi Sektor 8 Briged, Kawasan Tanggungjawab 2 Divisyen bersempena Aidilfitri bertempat di Pos Tok O’, Rantau Panjang, Kelantan pada hari ini. Melalui lawatan ini, PTD mengambil peluang untuk menyantuni anggota-anggota yang bertugas di kawasan operasi, terutama sewaktu musim perayaan ini. Sumbangan Hari Raya turut disampaikan kepada anggota-anggota Tentera Darat yang sedang bertugas di operasi tersebut. Pos lain yang turut dilawati antaranya adalah Pos Renap dan Sasaran Penting 8 Briged. Lawatan ini juga menjadi satu pengiktirafan dan suntikan moral kepada anggota Tentera Darat yang terus bertugas walaupun dalam situasi yang mencabar tidak kira masa. Tentera Darat Malaysia akan terus memastikan kesejahteraan anggota dan keberkesanan operasi, dengan berpegang teguh pada prinsip 𝘥𝘶𝘵𝘺, 𝘩𝘰𝘯𝘰𝘶𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘢𝘤𝘳𝘪𝘧𝘪𝘤𝘦. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifices
44.15K
1.25K
2.82%
26
30
27
Tentera Darat Malaysia
𝐄𝐤𝐬𝐞𝐬𝐚𝐢𝐬 𝐉𝐮𝐧𝐠𝐥𝐞 𝐅𝐚𝐥𝐜𝐨𝐧 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 & 𝐔𝐀𝐄 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 2 Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di FELDA Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang. Majlis ini turut diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar serta Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir Chief of Staff UAE Armed Forces, Staff Lt Gen H.E Eisa Saif Mohamed bin Ablan Almazrouei; dan Commander of UAE Land Forces, Staff Major Gen Yousef Maayouf Saeed Humaid Al Hallami. Eksesais ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain meningkatkan keupayaan operasi bersama di medan hutan tropika serta menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran ketenteraan. Tentera Darat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan eksesais ini demi keamanan dan kestabilan serantau. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifices
22.65K
1.6K
7.06%
21
13
57
Tentera Darat Malaysia
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐢-𝐏𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐑𝐞𝐣𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧-𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐣𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐑𝐞𝐧𝐣𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis bergema dengan semangat patriotisme dan istiadat ketenteraan apabila Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja (RRD) berlangsung dengan penuh adat dan kehormatan. Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan diiringi oleh DYMM Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Istiadat ini merupakan salah satu acara utama dalam Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis, sekaligus melambangkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa serta kepimpinan Baginda dalam memayungi negeri dan rakyat dengan penuh hikmah. Majlis dimulakan seawal pagi dengan istiadat perbarisan yang teratur melibatkan seramai 28 pegawai dan 443 anggota Lain-Lain Pangkat Rejimen Renjer Diraja (RRD), diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama RRD, Leftenan Kolonel Salrafeehasleizad bin Salih. Perbarisan tersebut diiringi dengan paluan muzik oleh pancaragam gabungan RRD. Upacara penuh tradisi ini menjadi simbol penghormatan tertinggi kepada panji-panji pasukan, yang mewakili maruah, semangat, dan sejarah panjang Rejimen Renjer Diraja dalam mempertahankan kedaulatan negara. Panji-panji yang diarak merupakan lambang keberanian dan pengorbanan anggota tentera yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi. Sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja, Baginda Tuanku turut berkenan menyampaikan titah ucapan, menyatakan rasa bangga terhadap profesionalisme dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh warga RRD. Baginda turut menzahirkan harapan agar semangat perjuangan dan nilai-nilai murni pasukan ini terus disemai dalam kalangan generasi akan datang. Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji ini bukan sahaja mencerminkan keteguhan institusi ketenteraan, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara Raja dan rakyat, serta memperteguh semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Rejimen Renjer Diraja, yang terkenal dengan moto “Agi Idup Agi Ngelaban” (Selagi Hidup, Selagi Berjuang), sekali lagi membuktikan komitmen dan kesetiaan mereka kepada negara dan Raja, dalam satu istiadat yang cukup bermakna dan bersejarah bagi negeri Perlis dan seluruh negara. Turut hadir, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli dan isteri, YBhg Puan Najwa Binti Othman, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato' Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan isteri, Datin Hjh Habibah binti Hj Mazlan, Pengerusi Rejimen Renjer Diraja, Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar, Pegawai-Pegawai Kanan TD, Pegawai serta anggota LLP RRD. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifice
21.31K
1.26K
5.93%
93
18
86
Tentera Darat Malaysia
Saksikan rangkuman Penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 2 Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di FELDA Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang pada 26 April 2025. Eksesais ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain meningkatkan keupayaan operasi bersama di medan hutan tropika serta menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran ketenteraan. Tentera Darat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan eksesais ini demi keamanan dan kestabilan serantau. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD92 #AngkatanMasaHadapan #DutyHonourSacrifices
16.73K
1.29K
7.68%
57
18
155
Dołącz do naszej grupy TikTok Inspiracje na Facebooku
Będziemy udostępniać najnowsze kreatywne filmy wideo, a na wszelkie pytania możesz omówić ze wszystkimi!
TiktokSpy from IXSPY
Cyfrowe narzędzia dla influencerów, agencji, reklamodawców i marek.
Niezależna firma zewnętrzna, a nie oficjalna strona internetowa TikTok.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved